apa yang anda perlu tahu

faq

Kopi ni ada gula ke?

Tidak. Vcafe tidak mengandungi gula tambahan atau pemanis tiruan. Ia sesuai untuk individu yang mengawal pengambilan gula seperti pesakit kencing manis.

Apa beza Vcafe dengan kopi biasa di pasaran?

Vcafe menggunakan 100% biji kopi Arabica premium dari Brazil. Rasanya lebih lembut, kurang pahit, dan rendah keasidan – tidak menyebabkan pedih perut seperti kopi biasa yang gunakan campuran Robusta.

Kalau saya ada gastrik atau perut sensitif, boleh minum tak?

Ya, boleh. Kopi Arabica lebih rendah asidik dan lebih mesra pada perut. Ramai pelanggan kami yang ada gastrik pun masih selesa minum Vcafe.

Siapa yang sesuai minum Vcafe ni?

Lelaki & wanita berumur 30 tahun ke atas yang mahukan kopi berkualiti, tanpa rasa berdebar, dan membantu kekal fokus & bertenaga. Sesuai untuk yang bekerja, berniaga, atau aktif sepanjang hari.

Macam mana cara nak bancuh?

Mudah saja. Tuangkan 1 sachet Vcafe ke dalam cawan, tambah lebih kurang 150ml air panas, dan kacau rata. Siap diminum! Tak perlu tambah gula..

FAQ image

Boleh minum hari-hari tak?

Boleh, tiada masalah. Kandungan Vcafe adalah semula jadi dan tidak mengandungi bahan merbahaya. Cuma disarankan minum 1–2 cawan sehari.

Ada kesan sampingan tak?

Setakat ini tiada. Tapi jika anda ada alahan terhadap kafein atau sedang ambil ubat tertentu, boleh rujuk doktor dahulu untuk lebih selamat.

Berapa lama penghantaran?

Biasanya 1–3 hari bekerja bergantung pada lokasi. Kami guna perkhidmatan kurier seperti J&T, NinjaVan dan PosLaju.

Kopi ni buatan Malaysia ke?

Ya, dirumus dan dibungkus di Malaysia oleh syarikat tempatan bernama Volten, tapi menggunakan biji kopi premium yang diimport dari ladang Arabica di Brazil.

© 2025 Volten International. Hak cipta terpelihara